Saturday, December 20, 2008

Menjejak keluarga Md Arif

  • Mertua saya bernama Nurdin bin Hassan bin Hussin bin Yahya bin Osman.
  • Adik beradik Nurdin ialah Lokman, Siti Ajalis, Hajah Jurniah,Rusdiana, dan Drs Darmansyah
  • Adik beradik Hassan bernama Idris. Digelar Hassan Changi kerana ia keluar masuk Changi
  • Hassan, isterinya bernama Berlian
  • Adik beradik berlian pula ialah Zubaidah, Berlian, Ahmad, Ramlah, Yahya,Salim, Kalsum dan Osman. Bapa mereka bernama Md.Salleh bin Md Arif bin Syafie dari Pontianak
  • Adik beradik Md Salleh bin Mohd Arif bernama Radiah, Ahmad dan Idris
  • Md Arif Syafie adalah seorang alim dan kadi berasal dari Pontianak yang bertugas dalam kerajaan Kesultanan Bulungan
  • Isteri Md Arif di Pontianak bernama Nur Ain.Beliau meninggalkan Pontianak untuk berdakwah di Tanjung Selor
  • Isterinya yang kedua bernama Ainun Jariah atau dikenali sebagai Ibom. Keturunan Suluk dan Berasal dari keluarga bangsawan berdarah syarif di Ipil, Sulu.
  • Nurdin bin Hassan bin Hussin. Isteri Hussin bernama Siti Mehran. Nama anak saya, Sitti Mehran diambil sempena nama moyangnya.

Silsilah Keluarga Syed Agil Al shahab





Nama yang belum dimasukkan dalam silsilah keluarga ini ialah Sharifah Jainab, Sharifah Jeribok dan Sharifah Aluyah. Sharifah Jeriboh adalah sebenar mak tua iaitu emak kepada mertua saya, Hajah Jamilah binte Jamal.



Sharifah Jeribok binte Syed Agil, keturunan Al Shahab. Syed Agil mempunyai sepupu bernama , Tuan Syed Yahya, menetap di Singapura. Isterinya bernama shaifah paku. Itulah sebabnya mak tua dipanggil dengan nama Jeribok, iaitu sejenis pakis dalam bahasa Bolongan disesuaikan dengan nama Sharifah Paku di Singapura. Katanya supaya silisilah keluarga tidak hilang.

Wednesday, December 10, 2008

Kunjungan Pakcik Rauf

Sehari sebelum Hari Raya Qurban, kami menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka daripada seorang famili dari Tanjung Selor, Bulungan Indonesia.
Abd. Rauf namanya. Abd.Rauf bin Mohd.Salim ini adalah sepupu mertua saya arwah Nurdin bin Hassan. Ibu arwah Nurdin bernama Berlian.
Berlian ini mempunyai adik beradik bernama Ahmad, Ramlah, Yahya, Kalsum, Osman dan Mohd.Salim, yakni bapa kepada pakcik Abd.Rauf ini.
Anak-anak Berlian terdiri daripada mertua saya, arwah Nurdin, Lokman, Siti Ajalis, Jarniah, Rudianah dan Pakcik Darmansah.
Anak-anak Mohd.Salim pula ialah Syafie, Zulkifli, Asmah,Rauf, osman dan Mahadi. Kebanyakannya tinggal di Jalan rahmaniah,dan Jalan Katamso Tanjung Selor, Bulungan, Kaltim,Indonesia
Memang sudah lama kami tidak berjumpa.Paling akhir ketika kami sekeluarga berkunjung ke Tanjung selor pada tahun 2004.
Saya masih ingat sebuah kota yang damai, sebuah kota yang menyimpan sejarah yang tersendiri. Di sebelah sungai, berdepan Tanjung Selor itu, ialah Tanjung Palas. Masih terlihat bekas istana Kesultanan Bulungan yang terkenal itu. Puing-puing selepas dibakar Komunis dalam peristiwa yang dikenal orang sebagai peristiwa Bultiken. Semua waris kesultana dibunuh dan mayat mereka dihumban ke laut Tarakan. Mujur ada yang selamat.
Hari ini, bahan-bahan bersejarah masih tersimpan di Muzium Sejarah Kesultanan di Tanjung Palas.

Monday, December 8, 2008

catatan sitti mehran yasmine

iyan sayang abah ,mama ,fawzan,farhan,nenek ,atuk,paktam,pakcik taai, pakcik sari,pakcik amir.